Hanya kerana coretan anda….

Pernahkah anda terfikir mengenai segala apa yang anda tulis di dalam blog anda? Atau sekadar hanya meletak jari2 anda di papan kekunci dan jari anda lantas menaip dengan sendiri apa yang dikira sesuatu luahan anda?

 

Sebenarnya lama juga tak kemaskini laman blog nie… So hari nie pada ketika nie dan dikesempatan yang ada nie boleh la kemaskini serba sedikit….

 

Sebelum tu “Selamat Hari Ibu” kepada yang meraikan hari ibu…. Sebab hari2 adalah hari ibu….

 

Mengenai perkara yang hendak dikongsi hari nie adalah pernahkah anda terfikir mengenai segala coretan/penulisan anda di blog? Sekiranya dengan izin tuhan…. Anda kembali kepadaNya???

 

Beruntunglah kepada orang yang penulisan didalam blognya mengandungi pengajaran untuk semua…. dan rugilah kepada orang yang menulis segala perkara buruk mengenai si polan bin si polan…. Adakah juga anda tahu terhadap 3 amalan yang dibawa mati?

Jika anda “BLUR2” sama ada tahu @ buat tahu…. @ tahu tapi tak berkongsi… So nie 3 perkara

 

1) Sedekah Jariah

Apa yang dikatakan dengan sedekah jariah nie? Secara umumnya mewaqafkan sesuatu dijalan Allah. Perlu diingat juga… selagi mana harta yang diwaqafkan tu masih wujud…<Nak tahu lebih lanjut…. Sila tanya kepada yang arif….>

2) Ilmu yang berguna

 

Ini merupakan perkara penting kepada semua blogger2 yang masih HIDUP…. Sama ada BLOGGER Politik….Umum dan sebagainya…. selagi mana anda makhluk yang bernyawa…..

 

Mengapa? Gunalah medium teknologi yang serba canggih nie… Jika awal tahun 90an saper2 yang ada komputer tu… memang dikira hebat…. Zaman dulu komputer pun paling lekeh pun dalam rm5,000…. sekarang rm300 pun boleh dapat <reconyer laaa….> Kiranya tak dak masalah la nak mendapatkan maklumat mengunakan internet…. Betul x? ye x ye….

 

Andaikan anda memiliki blog…. dan didalam blog anda hanya penulisan berbentuk sesuatu yang tidak memanfaatkan…. dengan kata lain berbentuk cacian terhadap orang lain…. Anda tidak puas hati dengan si A pada hari semalam… so, pada hari nie… anda mula berkarang cerita … maklumlah karangan dulu dapat AAA…. so memang karang cukup semua dia punya ramuannya….  mulalah ada perkataan yang tidak sesuai…macam2 perisa……

So, tiba2 dua minggu kemudia anda mendapat sakit misteri…. Misteri nusantara…. n then keesokan hari nie…. anda selamat disemadikan…..

 

Adakah itu tamat cerita anda didunia ini? Owh… tidak….. Anda masih ada blog anda yang penuh dengan penulisan terhadap seseorang yang anda tidak suka…. Mungkin juga anda dengan tidak sengaja (kononnya…tapi memang sengaja pun) masih menjadi tatapan umum masyarakat seantero dunia…. Fuyoooo… World class r dia punya blog… Hari2 dapat 100000 pengunjung…. Anda kata perkara yang tak elok tu dibaca oleh pengunjung tu…secara x langsung anda juga mendapat sahamnya secara x langsung… Saham apa tak tahu la… Jika baik sahamnya baik…. selebihnya lu pikir la sendiri….

Ramai juga blur2 bila mana anda tidak aktif laman blog anda…. Ia dikira dipadam dari sistem? Owh… Tidak…..  Laman anda masih aktif… Sampai company tu dah xde modal nk operate blog tersebut…. Ini bukan email bro…. Email tak login dalam 3 bulan dah tak aktif…… Smile

 

 

Bagaimana pula mengenai seseorang yang meninggal dunia serta meninggal hasi penulisan yang bermanfaat kepada manusia? Segala amalan yang baik akan berterusan sehingga dihisab kelak…<Pendek je tulis……>

 

 

3) Anak yang soleh

 

Doa anak sama ada soleh @ tidak adalah baik….. yang menjadi persoalan adalah doa anak yang soleh….kerana berkaitan dengan doa yang dimakbulkan oleh Allah…

 

Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.

 

 

 

So, itu saja untuk waktu nie…. Ok….

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *