Permulaan fasa ke-2 Ramadan….

 

Alhamdulillah… Telah masuk hari ke-10 berpuasa…. Dalam mengenal erti keberkatan dan menambah amalan-amalan di dalam bulan yang mulia ini…. Kini telah masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadan…..

 

rambu-ramadhan

 

 

Bulan ramadan nie ada 3 fasa:

 

Iaitu fasa (1) ialah fasa Rahmat, fasa 2 ialah fasa Keampunan dan fasa 3 ialah fasa ke kebebasan…

 

So, mengenai ketiga-tiga fasa dalam bulan nie… Mesti nak tahu ape isi dalam setiap fasa2 tu… (Sekiranya ada kurang, harap tambah yer..)

 

Fasa PERTAMA

– Fasa nie adalah permulaan rahmat (Rahmat)…. Bagaimana pengisian anda di dalam fasa ini??? Muhasabahlah diri anda sejauh mana anda telah mengisi dengan aktiviti2 ibadah…..  dan berapa ramai yang mengambil tahu atau mempraktikkan Sabda Rasulullah S.A.W seperti berikut:

 

:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT."

 

Fasa KEDUA

– Iaitu fasa keampunan Allah SWT. Untuk kita mencapai keampunan dari Allah SWT, perlulah kita mengamalkan sikap2 mahmudah dan sama sekali kita mengelak dari melakukan sikap2 mazmudah…… MAZMUDAH…..  Sebenarnya, untuk mendapat akhlak mahmudah bukan sesuatu perkara yang mudah dan disukai orang…. Tetapi yang sukar itu adalah membawa kebaikan kepada kita…. Tak gitu????

 

Kadang2 tu…. kita tak terlepas dari melakukan perkara2 yang tidak baik…. Itulah manusia… Fitrah manusia… Kita tidak pernah terlepas melakukan sebarang kesilapan… dan ini bukan menjadi alasan dalam hidup kita untuk terus melakukan kesilapan zaman berzaman tanpa sebarang IMPROVEMENT kearah kebaikan!

 

Menjadi persoalan juga…. dalam mencapai target dalam FASA KEDUA nie… Kita boleh berjam… tak pun setiap 30 minit MESTI check status FACEBOOK…. dan kita tak merasa pulak ruginya masa kita tu… jika kita buka kitab ke… dengan menghayati atau mendalami ayat2 Al-QURAN dalam masa 5 minit…xpun 1 minit pun…. besar amalannya kan???

 

Ada seperkara lagi… dahulu ketika kita kecil… kita diajar oleh ibubapa kita untuk PANDAI berjalan…. macam2 cara diajar oleh ibubapa kita untuk kita tahu berjalan…. TETAPI…mengapa sekarang kita tidak mengajar diri kita melangkah ke MASJID @ SURAU untuk BERJEMAAH???

 

Ada juga yang berpuasa…tetapi tidak mendirikan solat FARDHU 5 waktu…. walaupun mendirikan solat tidak termasuk di dalam sah PUASA… .bila diperhatikan salah satu dari syarat sah puasa iaitu ISLAM…

 

Allah Ta’ala berfirman:

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka) adalah saudara-saudaramu seagama.” (At Taubah: 11). Di dalam ayat ini, Allah Ta’ala mengaitkan persaudaraan Islam dengan mengerjakan solat. Ini bermaksud jika solat tidak dikerjakan, bukanlah saudara seiman. Ia menunjukkan orang yang meninggalkan solat bukanlah mukmin kerana orang mukmin itu bersaudara sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” (Al Hujurat : 10)

Dalil Tentang Orang Yang Meninggalkan Solat Di Dalam Hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

1) Daripada Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat.”[5]

 

(Sila rujuk pelbagai sumber lagi… Banyak juga sumber dari Ijma’)

 

 

 

Fasa KETIGA

– Merupakan fasa kebebasan… Kebebasan yang dimaksudkan disini adalah bebas dari api neraka…. Inilah hadiah bagi yang bersungguh-sungguh dengan penuh KEYAKINAN, KEPERCAYAAN, KETELUSAN dan KESABARAN dalam menjalani bulan mulia ini… dan tak lupa juga… hadiah bermakna… yang perlu dicari oleh setiap umatnya… iaitu malam LAILATUL QADAR….. malam yang lebih baik dari SERIBU bulan….

 

So, Selamat BERPUASA… dan mendapat ganjaran yang besar kelak!!! Amin…

 

(Sekiranya ada kesilapan, harap perbetulkan…. ok)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *