Perjalanan
Perjalanan ke Jepun tempoh hari iaitu pada 24 Mac 2012 bermula di “Penang International Airport” ke “Changi Airport” dengan Singapore Airlines. Penerbangan dari Penang iaitu kira-kira pada jam 9.15 malam dan tiba di Singapore pada jam kira-kira 10.40 malam.
Penerbangan berikutnya ke Narita, Tokyo pada jam 11.55 malam dari Singapore. Aku tiba di “Narita Airport” pada jam 8.45 pagi (7.45 pagi waktu Malaysia). Iaitu kira-kira 8 jam penerbangan. Sampai je di Narita aku terus mencari pengangkutan ke Haneda Airport untuk ke Izumo, Shimane, Japan.
Perjalan dari Narita ke Haneda mengambil masa 1 jam lebih dengan menggunakan bas. Tiada perkhidmatan MRT/JR dari Narita.
So, sampai je di “Haneda Airport” sekali lagi tunggu penerbangan seterusnya ke Izumo dengan JAL Airlines.
Izumo. Sekali lagi 1 jam lebih penerbangan ke sana…
Apa yang menarik di Izumo?
Sepanjang aku ada di Izumo nie iaitu hampir seminggu, memang tak ada tempat yang aku jalan dekat sini… Masuk je kerja dekat sana iaitu 8.30 pagi dan balik jam 5.00 petang. 5.00 petang dekat sana pulak dah macam 7 malam. So, memang la tak ke mana-mana waktu di sana…. Hanya berjalan kaki di tempat sekitar dengan hotel je pun…
Tokyo
Selesai je kerja di Izumo, hari Jumaat tu juga, terus ambil flight dan balik ke Tokyo… Di Tokyo, hanya menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar Tokyo saja… “Free and Easy”… Jalan je mana2 pun… Sebab flight balik pada hari Ahad pagi…
Banyak juga la tempat berjalan kat sana… Sebab ada JR aka “Japan Railway”…. Antara tempat-tempat yang aku p hari tu… seperti “Tokyo Tower”, Akihabara dan juga Ueno park… Yang bestnyer… kekerapan train diorang nie dalam masa 3 minit…. sama ja seperti di Singapore atau Hong Kong….
Kos pengangkutan
Kos pengangkutan di Jepun nie iaitu Teksi > Bas > Train. Kos tambang teksi iaitu dalam jarak kurang dari 2KM dalam RM28…
Kos tambang train pulak untuk jarak yang dekat lebih kurang 150 yen…. Iaitu lebih kurang RM6… So, macam mana nak belanja di Jepun… Kadang pening juga dengan conversion ke duit Malaysia… Apa yang aku buat… Jika harga 150 yen… semua kos ak masuk 2 titik perpulahan jadi 1.50 …. So, pk jer kos tu RM1.50… Senang cite… Haha…
Kedai runcit…
Diorang pun ada kedai macam 7E… Nama dia Lawson… Popular di Jepun… Boleh nampak di kebanyakan Prefecture (macam negeri….lebih kurang….)
So, sayonara Japan… See you again this June!…..