Kali nie, jom sama-sama kita mengetahui perkara berkaitan emas dan perak. Buat masa ini, ramai yang berminat untuk membeli emas mahupun perak sebagai sumber pelaburan… Tetapi pelaburan bagaimana? Bila sebut je emas mesti terdengar juga Ar-Rahnu disini… Dekat sini bukan nak bincang mengenai Ar-Rahnu tetapi sedikit maklumat supaya mendapat sedikit pengetahuan berkaitan jual beli emas / perak nie…
Emas mahupun perak bukanlah suatu pelaburan yang singkat.. Sedar atau tidak ada yang membeli sebulan dua lepas tue terus mahu jual balik… Sebenarnya jika kita tengok dari konsep saving sendiri yang sepatutnya dipraktikkan semua supaya ada “Financial Health”… Kesihatan itu penting… ! Bukan sahaja tubuh badan, tetapi dalam pelbagai cara/perihal.
Nie sedikit maklumat yang boleh dikongsi berkaitan “FInancial” nie… Bagi aku lebih kepada mengikut prioriti
1) Simpanan (Saving)
2) Pelaburan (Investment)
3) Insuran (Insurance)
Mari kita tengok kembali bagaimana kita aliran tunai setiap bulan, adakah anda praktik perkara diatas? Mungkin juga 2 daripada 3…
So, when we said the Financial Health here, it don’t mean to make your become “Rich”… Same way if your take care of your body, you consume good food with a complete nutrition it just mean you look good and and make your system run properly…
Mari berbalik kepada jual beli emas/perak nie..
Ada dua perkara yang perlu tahu… “Kami Jual ” dan “Kami Beli” (“We Sell”, We Buy”)
Kebanyakan kedai emas yang ada di Malaysia kebiasaannya akan “Offset” nilai “Kami beli” sebanyak 20%… Mari kita tengok situasi berikut;
Si “A” membeli emas pada bulan Januari 2012 dengan harga RM180/gram . “A” membeli sebanyak 10 gram, dengan nilai pembayaran sebanyak RM1,800.
Pada bulan November 2012 harga emas RM190/gram… Si “A” mahu menjual semula emas yang dibeli… Berapa nilai “A” dapat?
RM190 * 80% * 10grms = RM1,520
Jika dilihat disini, si “A” telah kehilangan RM280… Disebabkan menjual emas dalam tempoh yang tidak bersesuai…
Si “A” sepatutnya menjual emas lebih pada nilai dibawah…
RM180 (harga si “A” beli) * 120% = RM216. Iaitu harga RM216 ke atas….
Melainkan dia “slowtalk” dengan kedai emas atau mana2 orang yang jual emas utk bagi harga tinggi…
Ok…