Jika dipikir-pikir balik macam lawak ler pulak… So, hari Ahad tue (29 Disember 2013), ada la check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Kulim (KKIA). Tujuan dia hanya untuk SCAN jer… Tunggu punya tunggu 2 jam juga.. masuk la bililk doktor untuk SCAN…. Last2 tanya nak SCAN untuk apa nie? Hahhaha… Memang dalam buku tu pun tulis SCAN je… Xde ape2 maklumat pun…. Dapat la SCAN free…. Hehehe… So, doktor yang bertugas hari tue sorang je… Dia pun SCAN ler… Check berat baby 2.6kg dan check sama ada dah masuk laluan ke belum lagi untuk lahir… So, dia pun confirm memang dah masuk (sebelum nie dah pergi Klinik Desa Sg Ular, depa cakap dah masuk juga… seminggu lepas)…. So, check punya check…. tengok la graf perkembangan… so semua OK…. Berada dalam RANGE dia ler…
Ikutkan JADUAL minggu nie ww1’14
29/12/2013 – Pergi Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Kulim (SCAN), jam 3.00 petang. – Selesai
31/12/2013 – Pergi Klinik Desa Sg. Ular, Kulim (Last check up), jam 3.00 petang – Tak kesampaian
Then, hari nie 31 Disember 2013… Pagi tue isteriku siapkan ler makan pagi… Makan roti bakar + keju + buttercup (sebab semalam aku bubuh buttercup dalam nasi…kata sedap juga.. ahahaha)….So, siap2 semua… siap pun dia pun dah pack bekal untuk dia… roti sekeping dalam bekas TUPPERWARE dia… Last2 sebelum g kerja 7.45 pagi… dia cakap ada tompok darah sikit… So, ok ler… Sebab dia kata tak sakit apa2 pun… Then, terus suruh dia duk rumah ler… xyah g keje…
Petang tue 2.30 petang sepatutnya ada check up dekat Klinik Desa… so memang xpergi le…So, aku balik lunch dekat rumah …. beli lauk dan nasi isteri masak… Ajak dia makan luar dia kata x larat… cekang2 gitu… Sempat la makan tengahari… Berlaukkan AYAM GORENG, sambal AYAM GORENG dengan SAYUR yang dibeli di kedai makanan Sila O Sila.
Last2 selepas tanya sana sini…. Kami decide ler g hospital… jam 1.30 tengah hari (so, aku mesej ler dekat office kata aku xmasuk keje petang tue…)… Pukul 1.30 tue tak sampai lagi hospital… Kami g round2 pekan KULIM dulu… Hahaha…
Last2 check tengok… Nurse cakap bukaan dah 4cm… Ooooo….Xde la terkejut pun… (OMG! dah 4cm dh… haahah…) So, aku pun p la daftar masuk… Settle je… Naik balik dekat dewan bersalin hantar semua dokumen + buku merah… dan NURSE suruh hantar PAD BERSALIN sebab isteri aku bawa beberapa pasang je pun… So, aku balik la rumah… Siap2 rebus2 telur kot dia lapar… Kah2… (Plan nk bagi kat isteri aku last2 xbagi pun)… Then, pukul 3.15ptg aku bertolak dari rumah dan sampai je di dewan bersalin hantar le PAD BERSALIN tue… Siap NURSE tanya pi beli kat kedai ke? Hahha… Biasa r…. Alang2 dah balik rumah… Balik lama sikit… Perjalanan ke hospital dalam 5 ke 10 minit….
tunggu punya tunggu… isteri mesej dalam pukul 3.30ptg kot bukaan dah 5cm dan doktor dah pecahkan air ketuban… Selepas tue, aku pun tak tahu apa berlaku… Sehinggalah nurse panggil aku masuk bila dah bukaan dah masuk 10cm untuk proses bersalin… So, aku rasa dalam 10 ke 15 minit kot… lepas sesi teran meneran baru dilahirkan… Bagusnyer yang sambut kelahiran tue semuanya MUSLIMAH….. Bilik bersalin ditutup RAPAT bila aku masuk (diorang punya bilik bersalin asing2 dan jauh2 juga..xde la dengar jiran sebelah meneran sama… heheh) Siap announce lagi… Ada LELAKI nak masuk/keluar… So, kira memang diorang nie bagus2… Hehehe…
Apa2 pun letih juga ler… dan Alhamdulillah semuanya selamat buat masa ini…. Kemudian hari hanya Tuhan yang tahu…
Sekian sahaja untuk tahun 2013…
Gambar ketika di Hospital
31/12/13 |
Baru keluar dari bilik bersalin |
Tengok sana-sini |
Masa untuk tidur |
Gambar di rumah
Tidur dekat ibunya… |