Kota Kinabalu…

Nie kali ke-4 aku datang ke Sabah. Memang banyak tempat menarik di Sabah. So, kali nie kami sekeluarga termasuk Irsyad yang baru berusia 6 bulan pun menjejak kaki ke bumi Sabah nie… Nak bawa bayi naik flight nie kene sediakan semua susu dia siap-siap termasuk thermos + susu masuk dalam beg bayi. So, nanti bila dah lalu pemeriksaan keselamatan kira lepas la…

 

IMAG0277

Sebelum berlepas mari berselfie dulu di Penang Airport. Kami ambik direct flight dari Penang ke Kota Kinabalu dengan perjalanan hampir 2 jam 45 minit…. Huhu.. Memang lama la.. Musim puasa pulak… Nak order makanan memang la x dapat ler… Kah3…

 

IMAG0280

Irsyad tidur waktu semasa pernerbangan. Dia jaga kejap2 dan semasa nak landing…

IMAG0282

Permandangan di luar.

 

Sampai je di Kota Kinabalu, kami tunggu kereta sewa untuk datang. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai juga. So, aku call office sewa kereta tue, diorang cakap depa tunggu di Terminal 1. Hahah… Memang la x jumpa ler… Last2 diorang cakap diorang akan ke Terminal 2 di mana tempat kami turun. So, tunggu dalam 10 minit akhirnya tiba.

Kami bertolak dari Terminal 2 pada jam 2.00 petang setelah tengok semua keadaan kereta dan berpuas hati untuk sewa. Kami bertolak ke Kinabalu Pine Resort. Kami singgah di Rumah Terbalik pada jam 3.15 petang memandangkan lokasi rumah terbalik terletak semasa dalam perjalanan ke resort. So, lokasi Rumah Terbalik nie betul2 di tepi jalan utama.

 

IMAG0289

Nie gambar Irsyad ketika di Surau, Rumah Terbalik. Dapat juga dia letak badan.

 

SONY DSC

 

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

 

Kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Pine Resort dengan jarak perjalanan 60km dari Rumah Terbalik. Semasa dalam perjalanan kira-kira 1 KM dari resort, ada ler bazar Ramadan. So, disitu beli la makanan untuk berbuka….

Dibazar ramadhan di Kundasang, kebanyakan juadah yang dijual adalah kuih muih jer… last2 aku ke kedai makanan di situ juga untuk pesan nasi ayam…. Selesai jer… Kami bertolak ke resort dengan jarak perjalanan kira2 5 minit dari situ… 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *