Kelahiran anak ke-2

Kelahiran anak ke-2

Begini ceritanya, 15 April 2018 hari Ahad pada jam 8.30 malam lebih kurang gitu. Wife ada cakap ada keluar tompok darah so masa tu kena bersiap sedia dah…. So sempat la siap-siap dulu dan makan-makan dulu…  So, kami keluar rumah pada jam 10.30 malam untuk ke Hospital Kulim. Jarak ke hospital kulim dalam 5-10 minit (lebih kurang 2.2km dari rumah).

Sampai hospital dalam pukul 10.30 tu sampai la ke hospital. Terus pergi ke emergency walaupun jalan kaki dari parking kereta…. So, petugas tu minta terus ke Wad Bersalin.

Sampai ke wad bersalin, nurse minta wife terus masuk ke dewan bersalin untuk pemeriksaan selanjutnya… So, hasilnya bukaan dah 5cm. Kebiasaan hospital benarkan untuk masuk dewan bersalin bila 5cm ke atas dalam pukul 11.00 malam gitu.
So, sekali dengan irsyad tunggu la dekat luar dewan. Buat aktiviti sendiri. Irsyad dengan aktiviti dia nak beli air dekat vending machine tu… Beli la air milo.  So, kami berdua turun la ke kereta ambik stroller irsyad senang nak bagi di tidur. 
Pukul 11.40 malam tanya balik status macam mana. Nurse cakap masih 5cm. Nurse cakap nanti tanya balik status dalam sejam kemudian.
Tiba-tiba pukul 12.30 tengah malam nurse panggil masuk sebab wife dah nak bersalin. Memandangkan aku bawa Irsyad, so tak dapat la masuk dewan bersalin. Masa nie irsyad belum tidur lagi.  So, dalam pukul 2.00 pagi masuk ke dewan bersalin tanya status macam mana. Nurse cakap dah bersalin pukul 1 tengah pagi. So, dalam 2.30 gitu baru tolak masuk ke wad.  So,  aku dengan irsyad balik ke rumah pada jam 3.30 pagi. 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *