Percutian singkat 2 hari 1 malam

Percutian singkat 2 hari 1 malam

Percutian singkat 2 hari 1 malam kami. Berikut merupakan jadual perjalanan.

Hari/TarikhMasa/Lokasi
Jumaat/12 Julai 20248.30pagi bertolak ke Cameron Highlands
11.30pagi Tiba di Hobittoon Village dekat Simpang Pulai, Perak. Stop disini dulu sebab belum masuk lagi tempat nie. Tempat nie sesuai untuk yang naik dari arah Simpang Pulai, Perak. Hobbitoon Perak : Tempat menarik di Perak

12.30 tengahari Bertolak ke Strawberry Park Resort. Memandangkan hari Jumaat berhenti solat dulu di Masjid Kg Raja dalam 1.15 tengahari.
2.15 petang Menuju ke Strawberry Park Resort Strawberry Park Resort, Cameron Highlands: Percutian Tanah Tinggi
4.30 petang Keluar ke Kasimani Strawberry Farm. Tempat nie berdekatan dengan hotel dalam 6 minit. Depa nie beli kaktus dengan pokok.
6.00 petang Pusing ke Kampung Taman Sedia.
7.00 malam Kami behenti dekat Kedai Masakan Panas Thai berdekatan dengan jalan masuk ke hotel. Sini mau nak nasi goreng, roti nan tandoori semua rasa cukup. Boleh singgah sini.
Sabtu/13 Julai 20248.00 pagi Breakfast di hotel.
10.30 pagi Bertolak turun dari Cameron Highlands melalui Tapah. Arah ke Simpang Pulai dah mula sesak. Waze pun tunjuk arah ke Tapah.
1.00 tengahari Tiba di Gopeng berhenti makan di Nasi Royale Tok Ayah dekat trafik light menghala ke Kellie’s Castle.
2.00 petang Bertolak ke Kellie’s castle Kellie’s Castle : Impian yang tidak selesai
3.00 petang bertolak ke Gaharu Tea Valley, Perak Menghirup Kesegaran di Lembah Teh Gaharu, Perak
4.30 petang Bertolak balik ke rumah.

Balik tu nak singgah la makan di Puncak Mutiara. Dah lama tak pergi situ. Tengok-tengok tutup untuk renovation. Buka semula pada bulan Ogos 2024.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *