Kehidupan yang baik, selesa dan adalah milik setiap insan… Ada yang mahu memiliki kehidupan sebaik mungkin dengan segala usaha yang dicurahkan sepanjang hidup… Kehidupan yang baik bukan hanya untuk diri sendiri malahan untuk orang yang berada disekeliling kita… Terutamanya keluarga…
Dalam pencarian menghadapi liku-liku kehidupan yang sementara ini…. Kerap kali berlaku perkara yang tidak di ingini berlaku…Antara kehendak dan keperluan…Ramai yang mengutamakan kehendak dari keperluan… Menyebabkan wujudnya persaingan antara sesama manusia… Persaingan yang baik adalah wajar diteruskan untuk kemajuan sesuatu bangsa tersebut…Kitaran hidup seseorang manusia adalah amat singkat sekali… Pejam celik pejam celik …. rupanya dah hampir menyembah bumi….
Cukup ke amalan kita selama ini? Bagi yang percaya wujudnya kehidupan selepas mati akan berusaha dengan sebaiknya dalam menghadapi hidup di dunia ini… Bagi yang tidak pula… Mereka berusaha untuk berjaya di dunia ini… Pilihan di tangan anda…
Salahkah mereka yang mempunyai sikap ASSUMPTION didalam amalan kehidupan mereka? Sikit2 mereka nak ASSUME ini dan itu…Mungkin bagi sesetengah orang mereka lebih suka guna perkara ini… Hal ini kerana, ini hanya bergantung kepada LUCK semata2… Tiadalah usaha dari diri untuk mengetahui yang mana benar dan tidak….Mereka ini lebih suka menCUBA sesuatu yang tidak pasti… Dengan kata lain… Mereka adalah WAS2 dalam setiap tugasan mereka…
Bila disebut JUJUR ramai yang percaya JUJUR itu adalah sesuatu yang boleh diharapkan, bersifat amanat dsb…Ramai yang JUJUR tetapi tidak LUHUR…Kenapa? Mereka lebih PENTINGkan diri mereka dalam mengecapi sesuatu…
Sayangnya, JUJUR dalam amalan tanpa LUHUR dihati hanyalah satu dari penipuan terhadap diri sendiri…
-Wassalam-